Mariah Carey Lempar Komputer Tunang Kerana Lagu Beyonce - Bintang Global | mStar

Mariah Carey Lempar Komputer Tunang Kerana Lagu Beyonce

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 12:31 AM

Mariah dituduh membaling komputer riba milik tunangnya, James Packer selepas dikatakan berang apabila jutawan terkenal itu memasang lagu Beyonce berjudul Crazy In Love.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Mariah Carey dilaporkan bertindak membaling komputer riba milik tunangnya, James Packer ke luar tingkap gara-gara lelaki itu memasang lagu nyanyian Beyonce berjudul Crazy In Love.

Daily Mail melaporkan Mariah, 46, bertindak demikian kerana berang apabila mendengar lagu penyanyi lain berkumandang di rumahnya.

"Mariah melarang sesiapa yang berada di rumahnya daripada memasang lagu artis wanita lain selain lagu nyanyiannya.

"Tindakan James yang memasang lagu Beyonce membuatkannya berang dan membaling komputer riba milik James keluar tingkap sebelum menjerit sekuat hatinya," kata sumber.

Ekoran laporan berkenaan Mariah menerima kritikan hebat dan menganggap dia perlu mengawal sikap divanya.

Pun begitu ada pula menyifatkan laporan berkenaan sengaja direka-reka kerana tidak senang melihat kebahagiaan pasangan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Mariah dalam satu kenyataan menyangkal keras kajadian itu dan menyifatkan ia sengaja diada-adakan selain mengarut.

"Ia langsung tidak benar dan sama sekali mengarut," kata wakil penyanyi itu.

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey , Beyonce , James Packer
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan