Miranda Lambert Terima Lamaran Peminat Berusia 6 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 12:31 AM

Miranda menerima lamaran daripada seorang peminat cilik yang berusia enam tahun.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Miranda Lambert menerima lamaran daripada kanak-kanak berusia enam tahun ketika sesi bertemu peminat sejurus selesai mengadakan konsert di New Jersey baru-baru ini.

US melaporkan budak lelaki itu yang dikenali sebagai Sebastian ketika bertemu Miranda melutut dengan membawa sebentuk cincin sebelum meminta penyanyi itu berkahwin dengannya.

"Saya sudah bertunang," jerit Miranda selepas dilamar oleh Sebastian.

Saat Miranda menerima lamaran daripada Sebastian.

Miranda turut berkata, ia adalah lamaran paling romantik dan menganggap kanak-kanak itu seorang yang budiman.

"Ia cara paling romantik pernah dilakukan oleh mana-mana lelaki terhadap saya dan sebagai wanita saya berhak mendapat apa yang dilakukan oleh Sebastian.

"Saya akan berkahwin dengannya apabila usianya mencapai 25 tahun," katanya lagi.

Miranda turut memuat naik gambar ketika Sebastian melamarnya di Instagram.

Tags / Kata Kunci: Miranda Lambert

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan