Lindsay Lohan Tuntut RM26 Juta Untuk Muncul Di TV Rusia

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2016 12:30 AM

Lindsay Lohan bersama bekas tunangnya, Rusia Egor Tarabasov.

(Ubah saiz teks)

LINDSAY Lohan dilaporkan membuat tuntutan keterlaluan iaitu sebanyak £500,000 pound (RM26 juta) untuk muncul dalam sebuah program televisyen  Rusia, selain bertemu presiden negara itu, Vladimir Putin.

Pelakon berusia 30 tahun itu dijemput untuk muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara paling popular Rusia iaitu Pust Govoryat yang akan disiarkan di stesen milik kerajaan Channel 1.

Dia hanya akan bersetuju jika mereka memenuhi tuntutan keterlaluan berkenaan.

TMZ melaporkan, Lindsay juga meminta disediakan jet peribadi, anggota keselamatan, satu tahun visa, pendandan rambut, juru solekan dan juru rias tangan dan kuku atas jet, penginapan di suit Ritz-Carlton dan pertemuan dengan Putin.

Yang menghairankan, beberapa tuntutan telah dipersetujui dan kedua-dua pihak masih dalam rundingan.

Rancangan bual bicara itu mahu diadakan berkisar tentang  hubungan bergelora beliau dengan pemuda Rusia berusia 23 tahun, Egor Tarabasov.

Lindsay sebelum ini mendedahkan dia memutuskan pertunangan mereka selepas beberapa siri pergaduhan termasuk perbalahan mereka di pantai Mykonos dan di kediaman mereka di London.

Pergelutan dramatik mereka di Greece yang berjaya dirakamkan berlaku ketika mereka dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di mana Lindsay melemparkan telefon Egor keluar dari tingkap kenderaan itu.

Pelakon itu memberitahu Mail pada Ahad lalu mendakwa Egor berada dalam keadaan mabuk dan seperti orang gila.

Kedua-dua mereka sekali lagi bergaduh besar di Knightsbridge, London, yang juga berjaya dirakamkan kamera.

Dalam kejadian itu, Lindsay menuduh Egor menyerangnya lalu dia menjerit sehingga pihak polis dipanggil ke tempat kejadian.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan