Metallica Lancar Album Baharu Selepas 8 Tahun - Bintang Global | mStar

Metallica Lancar Album Baharu Selepas 8 Tahun

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 12:30 AM

Metallica bakal melancarkan album terbaharu pada 18 November depan.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN rock terkenal Metallica mengumumkan bakal melancarkan album terbaharu mereka yang berjudul Hardwired ... To Self-Destruct pada 18 November depan.

Rolling Stone melaporkan pengumuman itu menyaksikan ia menjadi album pertama band terkenal dunia itu selepas lapan tahun tidak tampil dengan sebarang karya terbaharu.

Sebagai promosi kepada album berkenaan, Metallica turut melancarkan single pertamanya iaitu Hardwired menerusi sebuah stesen radio di Minneapolis baru-baru ini.

Album studio kesebelas kumpulan itu berdurasi 80 minit dan pemain drumnya, Lars Ulrich menyifatkan Hardwired ... To Self-Destruct bakal memperlihatkan perjalanan masa depan Metallica.

Metallica yang terkenal dengan lagu Unforgiven itu turut memberitahu album berkenaan akan dilancarkan secara serentak dalam beberapa versi termasuk cakera padat (CD), piring hitam dan digital.

Album terakhir kumpulan itu adalah Death Magnetic yang dilancarkan pada 2008.

Tags / Kata Kunci: Metallica
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan