Justin Bieber & Selena Gomez Berbalah Di Instagram

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 12:31 AM

Justin Bieber

(Ubah saiz teks)

BERLAKU perbalahan di media sosial antara bekas kekasih Justin Bieber dan Selena Gomez yang menuduh kecurangan masing-masing dalam hubungan mereka.

Ia tercetus apabila Justin meluahkan hasrat untuk menukar fungsi Instagramnya kepada “private” apabila peminat menyelar teman baru pemuda itu, Sofia Richie, 17, selepas mereka dilihat bersama.

Tindakan itu menarik perhatian Selena lalu dia menulis di akaun Instagram miliknya yang ditujukan kepada Justin.

“Jika kamu gagal mengendalikan kebencian peminat, hentikan memuat naik gambar-gambar kamu bersama teman wanita.

"Ia mungkin sesuatu yang istimewa antara anda berdua. Jangan marahkan peminat anda. Mereka sayangkan anda,” katanya.

Imej terbaharu Selena Gomez yang kelihatan semakin menawan.

Justin yang berang dengan kenyataan itu turut membalas di Instagram miliknya.

“Ia melucukan apabila melihat seseorang menggunakan saya untuk mendapat perhatian dan terus menuding jari kepada orang lain. Sedih. Sayang semua. Harap anda semua boleh berbuat baik antara satu sama lain,” katanya.

Tulisan itu membuatkan Selena, 24, terus bengang lalu mendedahkan Justin seorang penipu sepanjang mereka bercinta sehinggalah hubungan itu berakhir pada 2014.

“Melucukan bagaimana seseorang yang ditipu beberapa kali dan seorang yang pemaaf dituduh pelbagai tohmahan? Sebab itulah peminat benci (Justin). Sedih… Sayang semua.”

Dan kemudian Justin, 22, dilaporkan menyelar Selena dengan berkata: “Saya ditipu ... Oh dan saya terlupa tentang anda dan Zayn.”

Selena sebelum ini pernah mendedahkan dia mengimpikan untuk berdating dengan Zayn namun ketika ini sudah menjalinkan hubungan dengan Gigi Hadid.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber , Selena Gomez

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan