Treler Kedua Rogue One, Star Wars Dilancarkan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

TRELER kedua Star Wars Rogue One yang dilancarkan pada Jumaat kini sudah mencecah sebanyak 376,000 tontonan di YouTube.

Treler berdurasi dua minit lima belas saat itu menampilkan penjahat terbesar dalam sejarah filem Star Wars: Darth Vader.

Filem arahan Gareth Edwards dijangka bakal berada di pawagam pada 16 Disember 2016.

Filem ini mengisahkan sekumpulan pemberontak yang merancang untuk mencuri pelan skematik stesen angkasa merangkap senjata pemusnah Death Star yang dimiliki oleh Galactic Empire.

Pelan tersebut telah digunakan oleh Princess Leia untuk memusnahkan Death Star dalam filem pertama francais Star Wars, A New Hope.

Antara pelakon filem ini ialah Felicity Jones tampil sebagai watak utama, Jyn Erso, Diego Luna, Ben Mendelsohn, dan pelakon utama Ip Man, Donnie Yen.

Tags / Kata Kunci: Star Wars

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan