Kesha Gugur Kes Serangan Seksual Terhadap Dr. Luke

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 12:31 AM

Kes mengugurkan dakwaan terhadap penerbit album, Dr. Luke kerana melakukan serangan seksual terhadapnya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kesha menggugurkan dakwaan serangan seksual terhadap penerbit album, Dr. Luke yang difailkan di California lapor BBC.

Peguam yang mewakili penyanyi itu dalam satu kenyataan memberitahu tuduhan itu digugurkan bagi memberi fokus kepada kes yang difailkan di New York.

Ini termasuk kes Dr. Luke menghalang Kesha daripada meninggalkan syarikat rakaman miliknya iaitu Kemosabe Records.

Memandangkan kes itu masih berjalan, Kesha tidak dibenarkan untuk melancarkan sebarang lagu kerana masih bergelar artis dibawah label itu.

Kesha dalam dakwaan terhadap Dr. Luke atau nama sebenarnya, Lukasz Gottwald, 42, telah menderanya secara seksual dan mental.

Bagaimanapun Dr. Luke menafikan tuduhan tersebut.

Kesha, 29, membuat permohonan di mahkamah untuk meninggalkan syarikat rakaman yang dimiliki oleh Sony Music namun keputusan tidak memihak kepada penyanyi lagu Tik Tok itu.

Tags / Kata Kunci: Kesha , Dr. Luke

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan