Lelaki Sentuh Wajah Justin Timberlake Ditahan Polis

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PADA akhir minggu lalu, seorang lelaki ditahan polis apabila cuba menyentuh wajah penyanyi lagu Sexyback, Justin Timberlake dalam sebuah pertandingan golf.

Seperti dipetik TMZ, kejadian itu berlaku ketika dia dikerumuni orang ramai yang mahu bersalaman dengannya.

Justin yang sedar kejadian itu bertindak balas dengan bertanya kepada lelaki berkenaan tentang tujuannya.

"Kenapa kamu sentuh wajah saya,?" ujarnya dengan nada yang agak kasar.

Kemudian, dua anggota polis yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan situasi dan menahan lelaki itu untuk siasatan.

Lelaki itu didapati berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif.
Tags / Kata Kunci: Justin Timberlake

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan