Kristin Bell Sebak Ditanya Kisah Ketagihan Dadah Suami - Bintang Global | mStar

Kristin Bell Sebak Ditanya Kisah Ketagihan Dadah Suami

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 12:31 AM

Kristen sebak apabila berbicara mengenai masalah ketagihan dadah dialami suaminya sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Kristen Bell mengalirkan air mata ketika muncul dalam satu temubual apabila ditanya mengenai masalah ketagihan dadah yang dialami oleh suaminya, Dax Shepard.

Kristen berkata, dia pada awalnya sukar menerima hakikat masalah dihadapi lelaki berkenaan dan mengakui mengalami waktu sukar terutamanya pada awal perkahwinan mereka.

"Dia seorang penagih untuk bertahun-tahun lamanya dan ia bukan perkara yang mudah untuk diterima oleh sesiapa pun.

"Saya akui ia sukar tetapi saya perlu memberi sokongan kepadanya untuk memperbetulkan kembali kehidupannya yang tersasar sebelum ini," katanya seperti dilaporkan US Weekly.

Bagaimanapun kata Kristen, dia lega kerana Dax bersemangat untuk pulih daripada ketagihan dadah dan kini kehidupannya kembali normal.

"Dia seorang bapa yang baik dan tahu menilai perkara baik dan buruk untuk keluarganya.

"Dax memilih keluarga berbanding dadah dan kini dia sudah tidak lagi ketagih," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kristen Bell
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan