Lindsay Lohan Dedah Sikap Curang Teman Lelaki Di Twitter

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 12:31 AM

Hubungan Lindsay Lohan dan tunangnya Egor Tarabasov mula berantakan selepas tujuh bulan bersama.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lindsay Lohan secara terbuka mendedahkan perbuatan teman lelakinya, Egor Tarabasov selepas berjaya menangkap lelaki bersikap curang terhadapnya.

Mirror melaporkan Lindsay menyerang lelaki berkenaan menerusi Twitter dengan mendedahkan gambar dan video Egor, 23, sedang berfoya-foya bersama seorang wanita yang juga kenalannya dikenali sebagai Dasha Pashevkina di sebuah kelab baru-baru ini.

Dalam salah satu status yang ditulis pelakon Mean Girls itu, dia turut mendedahkan Egor adalah tunangnya.

"Terima kasih kerana tidak pulang ke rumah malam ini. Kemasyhuran mengubah manusia.

"Rasanya saya pernah melalui usia 23 tahun. Tempoh yang teruk, tapi ia akan berubah apabila anda mencapai usia 26 atau 27," katanya yang turut menggelar Dasha sebagai pelacur.

Ini bukan kali pertama hubungan pasangan itu bermasalah dan Lindsay sebelum ini pernah melempar telefon milik Egor ke dalam laut ketika mereka bercuti di Greece.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan , Egor Tarabasov

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan