Baru Dapat Lesen Memandu, Lady Gaga Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 12:31 AM

Lady Gaga baharu sahaja mendapat lesen memandu dua minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lady Gaga ditahan polis baru-baru ini hanya selepas dua minggu menerima lesen memandu.

Daily Mail melaporkan Gaga ditahan ketika sedang memandu kereta baharunya jenis Ford F-150 di California apabila kenderaannya tidak mempunyai nombor plat.

Penyanyi lagu Poker Face itu turut menjelaskan situasi berkenaan kepada peminatnya menerusi Twitter.

"Ya benar saya ditahan polis. Ia perkara besar!

"Saya belum menerima nombor plat untuk kereta baharu saya itu dan sebab itu polis menahan saya," katanya.

Menurut Unit Kenderaan California, pemandu akan menerima permit sekiranya mereka membeli kereta baharu atau terpakai sebelum diberikan nombor plat.

Kebiasaannya mereka dibenarkan untuk memandu tanpa nombor plat namun perlu membawa permit sementara sebagai bukti jika ditahan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Gaga membawa permit berkenaan atau pun tidak.

Terdahulu, Gaga memuat naik gambar di Instagram memberitahu dia akhirnya berjaya memiliki lesen memandu pada usia 30 tahun.

Tags / Kata Kunci: Lady Gaga

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan