Sandra Bullock Dinasihat Tidak Kahwini Bryan Randall

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Sandra Bullock dinasihatkan tidak membuat keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang fotografer berusia 50 tahun iaitu Bryan Randall.

Ia disebabkan lelaki tersebut mempunyai rekod buruk dan baharu sahaja keluar daripada pusat pemulihan kerana pengambilan ubat-ubatan terlarang.

Seperti dipetik Female First, bekas gurunya, Geraldine Filipi berkata, mendiang ibunya Helga Mathide juga tidak akan bersetuju dengan hubungan pasangan itu.

"Saya tidak yakin hubungannya akan bahagia jika berkahwin dengan Bryan. Malah jika ibunya masih hidup, Sandra tidak mungkin dapat hidup bersama kekasihnya itu," ujarnya.

Tambahnya, Sandra sering bernasib malang dalam membuat pilihan teman hidup.

Dia berharap, wanita itu dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama seorang lelaki yang sesuai untuk dirinya.

"Sandra tidak pandai menilai seorang lelaki yang baik untuknya. Dia seorang artis yang berjaya dan kenapa perlu tergesa-gesa membuat keputusan yang berisiko,?" soalnya.

Tags / Kata Kunci: Sandra Bullock

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan