Kourtney Kardashian Dilihat Rapat Dengan Anak Diddy

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 12:31 AM

Kourtney dan Quincy dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

(Ubah saiz teks)

SEJAK berpisah dengan Scott Disick, bintang realiti Kourtney Kardashian dilihat gemar menghabiskan masa bersama lelaki lebih muda daripadanya termasuk penyanyi Justin Bieber.

Terbaharu Daily Mail melaporkan Kourtney, 37, dilihat keluar daripada sebuah kelab bersama anak kepada penyanyi rap, Diddy iaitu Quincy Combs yang 13 tahun lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka namun sumber memberitahu pasangan itu kelihatan cukup mesra.

Mereka dilaporkan bertemu buat kali pertama ketika sama-sama menghadiri sebuah acara yang diselenggarakan majalah GQ yang turut dihadiri oleh Kim Kardashian dan Patrick Scharzenegger.

Tags / Kata Kunci: Kourtney Kardashian , Quincy Combs

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan