Nicolas Cage & Alice Kim Bercerai Januari Lalu

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH 11 tahun melayari kehidupan suami-isteri, pelakon Nicolas Cage dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya Alice Kim.

Sumber memberitahu, pasangan ini membuat keputusan bercerai pada Januari lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum diketahui punca keretakan rumah tangga tersebut.

Malah kedua-dua mereka belum memberi sebarang kenyataan tentang perkara berkenaan.

Pasangan yang mempunyai jarak umur 30 tahun ini mendirikan rumah tangga pada Februari 2004.

Mereka dikurniakan cahaya mata Kal-El Coppola Cage yang baharu berusia setahun.

Tags / Kata Kunci: Nicolas Cage

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan