Hrithik Roshan Terlepas Serangan Berani Mati Di Istanbul

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 12:30 AM

Hrithik Roshan berada di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul sebelum kejadian letupan berlaku.

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Pelakon terkenal Bollywood iaitu Hrithik Roshan berada di Lapangan Terbang Ataturk, Turki beberapa jam sebelum serangan pengganas yang mengakibatkan 36 terbunuh lapor Press Turst of India (PTI).

Hrithik, 42, yang baharu sahaja pulang dari bercuti di Afrika bersama anak-anaknya, Hrehaan dan Hridhaan berada di lapangan berkenaan selepas terlepas penerbangan pulang ke India.

"Terlepas penerbangan pulang ke India di Istanbul dan terpaksa berada di lapangan terbang sehingga esok tetapi kami bernasib baik mengambil kelas ekonomi bagi membolehkan kami pulang segera," katanya menerusi Twitter.

Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di lapangan terbang berkenaan yang banyak membantunya.

Malah dia turut meminta semua peminat bersatu hati dalam menentang keganasan.

"Ia berita mengejutkan kerana nyawa tidak berdosa terbunuh dan kita mesti bersatu dalam menentang keganasan," katanya.

Tiga letupan berasingan berlaku di lapangan terbang itu dipercayai angkara pengebom berani mati yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS, mengorbankan 36 orang dan 147 lagi cedera.

Tags / Kata Kunci: Hrithik Roshan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan