Iggy Azalea & Nick Young Putus Tunang - Bintang Global | mStar

Iggy Azalea & Nick Young Putus Tunang

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Iggy Azalea dan kekasihnya ahli sukan Nick Young dilaporkan sudah memutuskan pertunangan mereka.

Pasangan yang hampir tiga tahun bercinta itu mendedahkan keputusan tersebut menerusi laman Instagramnya.

"Sayangnya meskipun saya masih cintakan Nick dan sudah mencuba memberi kepercayaan kepadanya, namun kini saya tidak mampu lagi.

"Saya berharap Nick dapat menerimanya dan menjalani hidup tanpa saya," ujarnya.

Sementara itu, Nick, 31, mengumumkan bahawa dirinya kembali solo menerusi akaun Twitternya.

Mereka bertunang pada 1 Jun 2015 lalu dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Iggy Azalea , Nick Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan