Britney Spears Tidak Minat Cari Teman Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 12:30 AM

Britney kini sibuk dengan persembahan residen di Planet Hollywood, Las Vegas.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Britney Spears tidak berminat untuk mencari pasangan hidup buat masa ini selepas beberapa hubungan cintanya sebelum ini berakhir dengan perpisahan.

Britney sebaliknya memberitahu dua anak lelakinya, Jayden dan Sean adalah buah hatinya dan mahu memberi tumpuan kepada mereka.

"Saya tidak mencari teman lelaki buat masa ini. Anak-anak adalah hati saya," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Sometimes itu sedang sibuk dengan konsert residennya di Planet Hollywood, Las Vegas.

Malah Britney baharu sahaja melancarkan wangian terbaharunya Private Show yang disifatkan sebagai mempunyai bau yang lembut dan disukai oleh ibu dan rakan-rakannya.

Tags / Kata Kunci: Britney Spears

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan