Sam Smith Muncul Selepas Hilang Tiga Bulan - Bintang Global | mStar

Sam Smith Muncul Selepas Hilang Tiga Bulan

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 5:19 AM

Sam Smith muncul buat pertama kali selepas tiga bulan menyepikan diri.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Sam Smith muncul buat pertama kali di khalayak selepas tiga bulan menghilangkan diri.

Daily Mail melaporkan kelibat Sam, 27, menjadi perhatian paparazi apabila penyanyi lagu Stay With Me itu tiba di Lapangan Terbang Los Angeles pada Ahad lalu dari London.

Terdahulu, Sam mengambil keputusan berehat selepas ucapan kemenangannya di Anugerah Oskar pada Februari lalu mencetuskan kontroversi.

Sam dalam ucapannya memberitahu dia adalah lelaki homoseksual pertama yang memenangi trofi Oskar dan dia dikecam hebat daripada netizen di laman sosial kerana kenyataannya itu.

Malu dengan kesilapannya Sam menyepikan diri daripada aktif di laman sosial Twitter dan Instagram miliknya dan menghilangkan.

Dipercayai kemunculan Sam di Los Angeles ada kaitan dengan penerbitan album terbaharunya.

Dalam pada itu, Sam dilihat sempat menikmati makan malam bersama rakan-rakannya sebelum melayan peminat yang menunggunya di hadapan restoran.

Tags / Kata Kunci: Sam Smith
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan