Pelakon Star Trek, Anton Yelchin Mati Dilanggar Kereta Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 11:12 AM

Anton Yelchin meninggal dunia selepas dilanggar oleh keretanya sendiri pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

AKTOR yang terkenal menerusi watak Chekov filem Star Trek, Anton Yelchin terbunuh selepas dilanggar oleh keretanya sendiri dalam satu kejadian pada Ahad (waktu tempatan).

ABC News melaporkan pegawai penyiasat kes berkenaan, Jenny Hosier memberitahu, kereta milik Anton yang diparkir di tepi kediamannya tiba-tiba mengelongsor ketika dia berdiri di belakang kereta berkenaan.

Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kejadian sebenar sehingga menyebabkan kematian pelakon berusia 27 tahun itu.

Ketika kejadian Anton dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan rakannya dan apabila lelaki itu tidak muncul kawan-kawannya pergi ke rumahnya dan menemui Anton terbaring tidak bernyawa.

Pengarah Star Trek, J.J. Abrams dalam satu kenyataan menyifatkan Anton mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan, bijak, lucu dan seorang lelaki yang baik.

Mendiang bakal muncul dalam filem terbaharu arahan Abrams iaitu Star Trek Beyond yang dijangka berada di pawagam pada Julai depan.

Anton memulakan karier lakonannya sejak berusia sembilan tahun menerusi beberapa filem selain drama bersiri seperti ER, The Practice dan Curb Your Enthusiasm.

Antara filem yang melonjakkan namanya sebagai bintang muda berpotensi Hollywood adalah seperti Hearts in Atlantis, Alpha Dog, Charlie Bartlett dan Terminator Salvation.

Anton dilahirkan di Russia sebelum ibu bapanya yang juga pemain ski profesional membawanya berpindah ke Amerika Syarikat ketika dia masih bayi.

Tags / Kata Kunci: Anton Yelchin , Star Trek , J.J. Abrams

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan