Peminat Terkejut Terima Hadiah Daripada Sarah Jessica Parker - Bintang Global | mStar

Peminat Terkejut Terima Hadiah Daripada Sarah Jessica Parker

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 12:31 AM

Sarah Jessica Parker menghadiahkan kasut kepada tiga peminatnya.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Sarah Jessica Parker memberi kejutan kepada tiga bakal pengantin dengan menghadiahkan mereka sepasang kasut daripada jenamanya SJP Collection.

Female First melaporkan Sarah tiba-tiba muncul ketika peminat bertuah itu sedang mencuba baju pengantin dengan membawa hadiah untuk mereka.

"Saya adalah individu yang paling gembira hari ini kerana dapat membahagiakan orang lain.

"Diharap hadiah ini dapat melengkapkan hari bahagia anda nanti," katanya.

Ketiga-tiga wanita berkenaan yang dikenali sebagai Taylor, Hilary dan Kaitlin itu terkejut dengan kemunculan pelakon terkenal itu dan tidak menyangka dapat menyarungkan kasut rekaan Sarah pada hari bahagia mereka nanti.

"Melihat Sarah muncul di pintu sudah cukup mengujakan apatah lagi dapat hadiah daripadanya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sarah Jessica Parker
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan