Pelakon Glee Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Miliki Pornografi Kanak-Kanak

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 12:31 AM

Mark Salling boleh dikenakan hukuman penjara selama 40 tahun jika disabitkan bersalah atas tuduhan menerima dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Mark Salling mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima dan memiliki pornografi kanak-kanak pada Jumaat lalu.

Bekas bintang siri Glee itu didakwa atas dua pertuduhan pada 27 Mei lalu iaitu menerima dan memiliki gambar dan video pornografi melibatkan kanak-kanak perempuan ketika dia ditahan pada Disember tahun lalu.

Menurut pendakwa raya, pihak berkuasa menjumpai ribuan imej dan video menerusi komputer riba dan pen drive milik pelakon itu ketika serbuan dibuat di rumahnya.

Mark bersama peguamnya ketika hadir ke mahkamah pada Jumaat lalu.
Mark yang digari ketika masuk ke ruang tertuduh kelihatan resah dan gementar sepanjang perbicaraan berlangsung.

Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara lima ke 40 tahun.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan Mark diikat jamin dengan bon jaminan sebanyak USD150,000 (RM600,000) dan dia membayar wang berkenaan.

Mark juga tidak dibenarkan untuk mendekati atau berhubung dengan kanak-kanak, menggunakan internet dan dadah selain pasport antarabangsa miliknya perlu diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Dia juga perlu memakai gelang kaki sebagai pemantauan kepada aktiviti hariannya.

"Jika dia ingin menggunakan internet atau perlu ke luar negara atas urusan kerja dia perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu," kata Thom Mrozek wakil mahkamah kepada media.
Tags / Kata Kunci: Mark Salling , Glee

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan