Selepas Dipukul Amber Heard Masih Sayangkan Johnny Depp - Bintang Global | mStar

Selepas Dipukul Amber Heard Masih Sayangkan Johnny Depp

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 12:31 AM

Amber dilaporkan masih sayangkan suaminya, Johnny Depp dan tidak sanggup untuk membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan dipukul oleh aktor itu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Amber Heard tidak akan membuat laporan polis terhadap suaminya Johnny Depp ekoran kejadian dia dipukul oleh aktor itu.

TMZ melaporkan Amber dikatakan tidak sanggup berbuat demikian kerana masih sayangkan Johnny selain tidak mahu karier pelakon itu terkubur.

Amber sebelum ini menerusi peguamnya dilaporkan akan mendakwa Johnny namun sumber memberitahu dia telah mengubah keputusannya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan kecoh apabila Amber mendakwa dipukul suaminya pada bahagian muka menggunakan telefon mudah alih.

Ekoran kejadian itu, Amber ke mahkamah di Los Angeles untuk memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah perlindungan sementara.

Malah Amber turut memfailkan perceraian terhadap Johnny.

Dalam pada itu, pembantu kepada Johnny, Stephen Deuters menyangkal dakwaan aktor itu menghantar mesej permohonan maaf kepada Amber seperti dilaporkan sebelum ini.

Malah katanya, dia menganggap tuduhan Johnny mengasari isterinya sebagai karut kerana sepanjang aktor itu bukan seorang yang kasar dan panas baran.

Tags / Kata Kunci: Amber Heard , Johnny Depp
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan