Adele Beli Rumah Mewah Harga RM38 Juta - Bintang Global | mStar

Adele Beli Rumah Mewah Harga RM38 Juta

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 12:31 AM

Adele dilaporkan membelanjakan RM38 juta untuk membeli sebuah rumah mewah di Beverly Hills, Los Angeles.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Adele dilaporkan membelanjakan USD9.5 juta (RM38 juta) untuk memiliki sebuah kediaman mewah di Beverly Hills, Los Angeles.

TMZ melaporkan penyanyi lagu Hello itu membeli rumah agam berkenaan pada bulan lalu.

Rumah berkeluasan 6,600 kaki persegi itu terletak di sebuah kawasan eksklusif dan berpagar yang turut memperlihatkan Adele bakal berjiran dengan bintang terkenal lain seperti Jennifer Lawrence, Ashton Kutcher, Mila Kunis dan Cameron Diaz.

Ia mempunyai empat bilik tidur, enam bilik air dan kolam renang peribadi.

Adele turut mengubahsuai laman belakang rumah berkenaan yang dilengkapi dengan rumah pokok dan set kereta api untuk anaknya bermain.

Bagaimanapun penyanyi itu masih belum berpindah ke rumah tersebut kerana kini sedang sibuk dengan konsert jelajah di Eropah dan Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Adele
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan