Nick Jonas Mengaku Gagal Goda Rihanna

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 12:31 AM

Nick Jones

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Nick Jonas mengakui pernah cuba mengoda penyanyi terkenal Rihanna dalam sebuah acara hiburan.

Biarpun Rihanna tidak termakan godaan tersebut, Nick berkata, dia sangat gembira dapat berbual kosong dengan penyanyi wanita itu.

"Saya pernah cuba menggoda Rihanna dalam sebuah majlis hiburan. Sayangnya tidak berhasil, namun saya gembira dapat berbual dengannya," ujarnya seperti dipetik Sun Newspaper.

Tambahnya, dia juga mengakui bau wangian dipakai wanita tersebut terlalu harum membuatkan dia berasa selesa ketika berbual.

Nick Jonas sebelum ini pernah menggoda artis terkenal seperti Kate Hudson dan Lily Collins.

Tags / Kata Kunci: Nick Jones , Rihanna

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan