Aerosmith Sangkal Dakwaan Bakal Gantikan Steven Tyler

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 12:31 AM

Aerosmith tidak akan menggantikan Steven Tyler (tiga dari kiri) dengan penyanyi baharu.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN rock terkenal Aerosmith menyangkal dakwaan bakal menggantikan vokalisnya Steven Tyler seperti digembar-gemburkan baru-baru ini.

Gitaris Aerosmith iaitu Joe Perry dalam satu kenyataan sebaliknya berkata, mereka kini sedang merancang untuk mengadakan konsert di Amerika Selatan dan Mexico.

"Apa sahaja khabar angin mengenai keputusan kami untuk menggantikan Steven adalah tidak benar malah kami akan memulakan konsert jelajah tidak lama lagi," katanya seperti dilaporkan Rolling Stone.

Joe memberitahu konsert berkenaan bakal berlangsung pada September depan.

Tags / Kata Kunci: Aerosmith , Steven Tyler

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan