Pekerja Kontraktor Mohon Maaf Ancam Cederakan Beyonce

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pekerja kontraktor memohon maaf secara terbuka kepada penyanyiBeyonce Knowles apabila membuat ancaman untuk mencederakan penyanyi itu ketika membuat persembahan.

Pekerja kontraktor yang bernama Austin L Zamora itu memuat naik video sedang memasang pentas untuk persembahan penyanyi tersebut di San Diego, Amerika Syarikat.

Dalam video tersebut seorang pengikut laman sosial lelaki itu menulis agar biar sahaja kerangka pentas tersebut tidak dipasang dengan baik dan runtuh menimpa penyanyi itu.

Austin kemudian membalas dengan kata-kata bersetuju dengan cadangan tersebut.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman netizen dan menganggap ia satu ancaman buat penyanyi berkenaan.

Seperti dipetik TMZ, lelaki itu sudah menyedari kesilapan dan niatnya hanya untuk bergurau semata-mata.

Dia turut memohon maaf kepada keluarga Beyonce dan peminat-peminatnya. Dia juga mengakui tidak berniat untuk mencederakan artis tersebut.

Tags / Kata Kunci: Beyonce

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan