Victoria Beckham Enggan Jadi Model Muka Depan Majalah - Bintang Global | mStar

Victoria Beckham Enggan Jadi Model Muka Depan Majalah

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 12:30 AM

Victoria enggan menjadi model muka depan majalah kerana merasakan dirinya sudah berusia.

(Ubah saiz teks)

BEKAS ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham memberitahu dia enggan beraksi di hadapan kamera untuk fotografi muka depan majalah lagi.

Wanita berusia 42 tahun itu menganggap dirinya kini sudah tua dan tidak sesuai untuk beraksi di depan kamera seperti gadis-gadis remaja.

"Setiap kali menerima tawaran, pasti saya akan berjanji ia adalah kali terakhir kerana saya rasakan diri sudah tua.

"Saya juga sudah pun berusia 42 tahun dan mempunyai 4 orang cahaya mata," ujarnya.

Victoria berkata, dia percaya pendatang-pendatang baharu kini mampu memberikan penampilan yang lebih menarik daripadanya.

Tags / Kata Kunci: Victoria Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan