Robert Pattinson Dijangka Batal Perkahwinan

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS berita kecurangan Robbert Pattinson tersebar baru-baru ini, aktor itu dikatakan bakal membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya penyanyi FKA Twigs.

Seperti dipetik Inquisitr,  sumber memberitahu pasangan tersebut sering bergaduh sejak kecurangan pelakon itu tersebar.

"Sebenarnya masalah ini sudah lama, mereka selalu bertengkar. Twigs bukan wanita yang sesuai untuk dia kerana penyanyi tersebut terlalu kuat cemburu.

"Pattinson masih muda dan belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius," ujar sumber.

Pasangan itu dikatakan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Robert Pattinson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan