Pelakon 'Everybody Loves Raymond', Doris Roberts Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 6:00 PM

Doris yang popular menerusi watak Marie Barone dalam sitkom Everybody Loves Raymond meninggal dunia pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pemenang Anugerah Emmy, Doris Roberts yang popular menerusi sitkom Everybody Loves Raymond meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Pelakon Patricia Heaton yang turut berlakon dalam sitkom berkenaan mengesahkan perkara itu menerusi Twitter.

Menurut laporan CBS, Doris meninggal dunia pada Ahad lalu namun punca kematian aktres berkenaan tidak dinyatakan.

Doris pernah tercalon sebanyak 11 kali pada Anugerah Emmy termasuk tujuh menerusi wataknya sebagai Marie Barone dalam Everybody Loves Raymond dan memenangi empat trofi daripadanya.

Mendiang muncul dalam sitkom berkenaan dari tahun 1996 hingga 2005.

Selain Everybody Loves Raymond, Doris pernah membintangi filem seperti All Over the Guy (2001), Dickie Roberts: Former Child Star (2003), Grandma's Boy, I-See-You.ComKeeping Up With the Steins (2006) dan Madea's Witness Protection (2012).

Doris pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan Michael Emilio Cannata dari tahun 1956 hingga 1962 sebelum bertemu jodoh buat kali kedua dengan penulis nobel William Goyen pada tahun 1963.

Namun mereka bercerai pada 1983.

Doris mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya, Michael dan tiga orang cucu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan