Nicole Kidman & Keith Urban Perbaharui Ikrar Perkahwinan

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN Nicole Kidman dan Keith Urban dilaporkan bakal memperbaharui ikrar mereka sekali gus menyambut ulang tahun ke-10 perkahwinan pada 26 Jun depan.

Hollywood Life melaporkan mereka ingin berbuat demikian kerana mahu hubungan mereka bertambah kuat dengan membuat ikrar tersebut.

"Mereka tidak mahu menyambut ulang tahun perkahwinan hanya sekadar mengadakan sebuah majlis tetapi turut mengambil kesempatan untuk memperbaharui ikrar mereka sebelum ini.

"Pada mereka ia sangat penting bagi membawa hubungan mereka ke tahap lebih baik.

"Biarpun sudah berkahwin selama 10 tahun namun mereka masih seperti pasangan bercinta dan mereka sehati sejiwa," kata sumber terdekat pasangan itu.

Hasil perkahwinan pasangan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Faith Margaret dan Sunday Rose.

Nicole juga mempunyai dua anak angkat bersama bekas suaminya, Tom Cruise iaitu Isabella Jane dan Connor.

Tags / Kata Kunci: Nicole Kidman , Keith Urban

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan