Janet Jackson Tangguh Konsert Jelajah Sehingga 2017 - Bintang Global | mStar

Janet Jackson Tangguh Konsert Jelajah Sehingga 2017

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 6:56 AM

Janet menangguhkan konsert jelajah dunianya kerana ingin memberi fokus mendapatkan cahaya mata.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Janet Jackson hanya akan menyambung konsert jelajah dunianya pada tahun hadapan dalam satu kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan keputusan itu dibuat selepas Janet, 49, dan suaminya, Wissam Al Mana dilaporkan ingin memberi fokus dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Promoter konsert itu juga dalam satu kenyataan turut memberitahu peminat yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang mereka.

Tiada sebarang tarikh baharu diumumkan untuk konsert tersebut.

Janet menerusi Twitter memberitahu dia berharap peminat memahami situasinya dan ia keputusan penting perlu dilakukan.

"Saya harap peminat dapat memahami situasi saya. Saya perlu fokus dan berehat. Ia adalah arahan doktor.

"Saya tidak akan melupakan semua peminat dan berharap dapat meneruskan konsert berkenaan secepat mungkin," katanya.

Tags / Kata Kunci: Janet Jackson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan