Nicki Minaj Kesal Gaduh Dengan Teman Artis

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 12:30 AM

Nicki Minaj mengakui pergaduhannya dengan beberapa selebriti adalah membuang masa dan sia-sia.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Nicki Minaj berasa kesal kerana terlibat dalam pergaduhan dengan bintang-bintang terkenal Hollywood sehingga dia dilihat sebagai seorang yang kejam.

Nicki berkata, dia sebenarnya adalah seorang wanita yang manis dan bukannya jahat seperti mana disangka oleh sesetengah pihak.

Sebelum ini, Nicki pernah berperang mulut secara terbuka dengan Miley Cyrus, Lil Kim dan Mariah Carey.

Jelasnya lagi, pergaduhan tersebut adalah sia-sia dan membuang masa.

Nicki berkata demikian ketika menjawab soalan peminat yang bertanya sama ada dia menyesal dengan semua pergaduhan melibatkannya sebelum ini.

"Ya, saya sentiasa menyesal," katanya ketika muncul menerusi program Ellen DeGeneres.

Tags / Kata Kunci: Nicki Minaj

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan