Blac Chyna & Rob Kardashian Tayang Cincin Tunang

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Blac Chyna dan Rob Kardashian dilaporkan sudah pun mengikat tali pertunangan apabila Blac kini memakai sebentuk cincin pemberian kakasihnya itu.

Model dan ahli perniagaan seksi itu menunjukkan cincin mewah tersebut ketika sedang bermesra di salah sebuah kelab malam pada Selasa.

Pasangan ini dilihat memakai pakaian sedondon bewarna hitam.



Sebelum itu juga, Blac memuat naik foto mesra kedua-dua mereka dengan memperlihatkan cincin tersebut di laman sosial Instagram.

Blac juga menulis kapsyen singkat "YES".

Rata-rata pengikutnya membanjiri komen dengan mengucapkan tahniah dengan pertunangan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Blac Chyna

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan