Gambar Leonardo Dicaprio Bersama Kekasih Dirakam

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 12:30 AM

- Foto AP
(Ubah saiz teks)

PELAKON Leonardo Dicaprio sememangnya dikenali sebagai seorang lelaki yang kerap bertukar pasangan.

Dia yang baharu sahaja putus dengan Kelly Rohrbach dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa wanita muda termasuk penyanyi Rihanna.

Terbaharu, pelakon ini dirakam menikmati makan malam romantik dengan seorang gadis jelita.



Seperti dipetik Daily Mail, pasangan ini makan malam berdua tanpa kehadiran orang lain atau rakan-rakan terdekat.

Bagaimanapun menyedari tentang kehadiran kamera paparazi, dia bergegas masuk ke dalam kereta dan menutupi wajah.

Daripada sudut penampilan, gadis ini memang tidak jauh berbeza daripada bekas-bekas kekasihnya sebelum ini.
Tags / Kata Kunci: Leonardo Dicaprio

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan