Zayn Malik Halau Ibu Bekas Tunang Dari Banglo

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Zayn Malik, 23, mahu mengusir Debbie Edwards iaitu ibu kepada bekas kekasihnya, Perrie Edwards dari sebuah rumah yang dibeli pada 2014.

Bekas anggota One Direction itu membeli rumah berkenaan selepas dia bertunang dengan Pierrie, 22, selama dua tahun namun hubungan itu putus selepas Zayn dikatakan mengkhianati cinta kekasihnya itu.

Dan kini, Zayn mahu Debbie segera keluar dari rumah berkenaan.

Debbie Edwards (kiri) bersama Perrie Edwards. Foto THE SUN

“Zayn sudah memaklumkan kepada Debbie agar segera meninggalkan rumah itu kerana dia mahukan banglo itu semula,” kata jurucakap pemuda berkenaan.

Malah Zayn turut memberi kata dua kepada Debbie sama ada mahu keluar dari rumah itu dengan baik atau berdepan tindakan mahakmah.

“Dia masih tinggal di rumah itu tetapi hartanah berkenaan didaftarkan atas nama Zayn, jadi wanita itu tiada harapan untuk mempertahankan diri jika tindakan undang-undang dikenakan,” kata jurucakap itu lagi.

Rumah banglo tiga bilik yang terletak di Pantai Timur Dorset itu  pada awalnya dianggarkan bernilai RM114 juta semasa dibeli pada 2014. - thesun.co.uk

Tags / Kata Kunci: Zayn Malik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan