Justin Bieber Batal Jumpa Peminat Kerana Tertekan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 12:30 AM

Justin Bieber membatalkan program perjumpaan bersama peminat dengan alasan sedang berada dalam keadaan tertekan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Justin Bieber membuat kejutan apabila membatalkan kesemua program perjumpaan bersama peminat menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Selasa itu.

Justin, 22, berkata, punca dia mengambil keputusan itu kerana dia berasa tertekan dan tidak gembira dengan dirinya selain tidak mahu melibatkan peminat dalam masalahnya.

"Saya terpaksa membatalkan perjumpaan bersama peminat. Saya seronok dapat bertemu mereka tetapi pada akhirnya saya berasa penat dengan tenaga orang lain yang akhirnya membuatkan saya berasa tidak gembira.

"Terlalu banyak yang saya tanggung sekarang dan tidak mahu mengecewakan peminat akibat situasi saya sekarang," katanya seperti dilaporkan People.

Peminat berasa kecewa dengan berita berkenaan memandangkan mereka sudah pun membeli tiket yang berharga USD2,000 (RM8,000) semata-mata untuk bertemu dengan penyanyi kesayangan mereka.

Penganjur bagaimanapun memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan kembali wang mereka atau menunggu tarikh baharu program perjumpaan bersama peminat itu.
Tags / Kata Kunci: Justin Bieber

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan