Kanye West Letak Syarat Buka Akaun Instagram

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 12:30 AM

Kanye West meletakkan syarat sebelum bersetuju untuk membuka akaun Instagram.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Kanye West hanya akan membuka akaun Instagram sekiranya tiada pihak mempertikaikan tindak tanduknya dalam menggunakan laman sosial itu.

Kanye, 38, bagaimanapun berkata, dia masih mempertimbangkan permintaan peminat yang mahu dia menyertai Instagram walaupun dia lebih selesa menggunakan Twitter.

"Saya ada terfikir untuk menyertai Instagram tetapi dengan syarat tiada pihak mempertikaikan jenis gambar yang saya ingin kongsi," katanya.

Sebelum ini, isterinya Kim Kardashian diselar hebat oleh pengikut laman sosialnya apabila memuat naik gambar bogelnya untuk tatapan peminat.

Malah ramai artis turut mengecam tindakan bintang realiti itu yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Dalam pada itu, Kanye berkata, kecaman yang sering diterima di Twitter membuatkan dia masih mempertimbangkan untuk membuka akaun Instagram.
Tags / Kata Kunci: Kanye West

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan