Orlando Bloom Bawa Katy Perry Jumpa Ibu

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 12:31 AM

Hubungan Katy Perry dan Orlando Bloom semakin serius.

(Ubah saiz teks)

BINTANG terkenal Hollywood iaitu Orlando Bloom dilaporkan telah memperkenalkan teman wanitanya yang juga penyanyi Katy Perry kepada ibunya.

Mirror melaporkan Katy sanggup terbang ke London dari Los Angeles mengikuti kekasihnya itu dan berjumpa dengan ibu Orlando di sebuah restoran mewah di Buckinghamshire.

Pasangan itu hadir dengan gaya sederhana pada pertemuaan berkenaan kerana bimbang menjadi perhatian peminat.

"Mereka kelihatan gembira dan banyak bergelak ketawa pada pertemuan tersebut.

"Ibu Orlando begitu sukakan Katy biarpun baru kali pertama bertemu dengannya," kata sumber.

Tags / Kata Kunci: Orlando Bloom , Katy Perry

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan