Maria Menounos Bakal Berkahwin Selepas 18 Tahun Bercinta

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 12:31 AM

Maria Menounos akhirnya bakal berkahwin dengan teman lelakinya Keven Undergaro selepas 18 tahun menjalinkan hubungan cinta.

(Ubah saiz teks)

PENGACARA dan bintang realiti, Maria Menounos, 37, bakal berkahwin dengan teman lelakinya Keven Undergaro selepas 18 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Huffington Post  melaporkan Keven melamar Maria yang juga hos E News itu ketika muncul menerusi program radio, Stren Sirius XM Show pada 9 Mac lalu.

"Saya mahu tanya awak sesuatu Maria. Mahukah awak jadikan saya lelaki paling gembira di muka bumi ini?" soal Keven kepada Maria ketika sedang bersiaran langsung menerusi program radio berkenaan.

Maria yang kelihatan terkejut dengan lamaran berkenaan bagaimanapun bersetuju.

Keven yang juga seorang pengarah dan penerbit filem turut membuat kejutan apabila ibu bapa Maria turut berada di stesen radio berkenaan bagi meraikan berita gembira itu.

"Saya sudah lama ingin melihat anak perempuan kesayangan saya ini berkahwin dan akhirnya ia bakal menjadi kenyataan," kata ibunya.

Sebelum ini, menerusi program realiti Chasing Maria Menounos, topik perkahwinan sentiasa menjadi perbalahan kerana Keven tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun mereka sudah bersama selama 18 tahun.

Maria secara terbuka mengakui kadang-kala berasa tertekan memandangkan ibu bapanya sentiasa memintanya segera berkahwin dengan Keven.
Tags / Kata Kunci: Maria Menounos , Keven Undergaro

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan