Rihanna Sediakan Jet Peribadi Untuk Drake - Bintang Global | mStar

Rihanna Sediakan Jet Peribadi Untuk Drake

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 12:35 AM

Rihanna dan Drake ketika mengadakan persembahan pada majlis BRIT Awards baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Rihanna dilaporkan akan menyediakan sebuah jet peribadi khas untuk Drake bersempena konsert jelajah dunianya yang turut disertai oleh penyanyi rap itu.

Daily Mail melaporkan jet peribadi itu bagi memudahkan Drake untuk hadir ke lokasi konsert dan pulang semula ke Amerika sekiranya mempunyai urusan atau persembahan lain.

Terdahulu, Rihanna menjemput Drake untuk menyertai konsert jelajahnya selepas persembahan mereka ketika di majlis BRIT Awards mendapat perhatian peminat menerusi lagu Work.

Lagu berkenaan kini berada dikedudukan pertama carta Billboard Hot 100.

Tags / Kata Kunci: Rihanna , Drake , Work

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan