Calvin Harris Tolak Berduet Dengan Taylor Swift

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Calvin Harris mengakui menolak tawaran apabila syarikat rakamannya mencadangkan untuk dia bekerjasama dengan kekasihnya Taylor Swift menerusi sebuah lagu duet.

Sumber memberitahu bahawa lelaki itu menolak cadangan tersebut atas sebab menjaga hubungannya agar tidak terganggu dengan masalah kerja.

"Lagu baru Calvin sudah siap, namun syarikat rakamannya meminta dia berkolaborasi dengan kekasihnya iaitu Taylor Swift. Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Calvin," ujar sumber.

Tambah sumber, perkara itu adalah bagi menjaga keutuhan hubungannya dengan Taylor.

Dia enggan projek tersebut menghancurkan hubungan yang baharu dibina itu.

Namun, sehingga kini pasangan itu belum memberi sebarang kenyataan tentang khabar angin tersebut.
Tags / Kata Kunci: Taylor Swift , Calvin Harris

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan