Leonardo DiCaprio Akhirnya Rangkul Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Oskar Ke-88

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 10:54 AM

Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Oskar ke-88..

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Aktor Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem The Revenant di Anugerah Akademi ke-88 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles, pagi Isnin (waktu Malaysia). 

DiCaprio, 41, menewaskan Bryan Cranston ("Trumbo"), Matt Damon ( "The Martian"), Michael Fassbender ( "Steve Jobs") dan Eddie Redmayne ( "The Danish Girl") bagi merangkul trofi tersebut.

Aktor tersebut turut mendapat tepukan gemuruh ketika menerima anugerah tersebut berikutan ia adalah penantiannya selama 22 tahun sejak pencalonan pertamanya di anugerah berprestij ini.

DiCaprio mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada orang-orang dibelakangnya yang banyak membantu kerjaya termasuk pengarah Martin Scorsese.

Filem The Revenant memenangi kategori Pengarah Terbaik dan Senimatografi Terbaik.

Sementara itu, filem terbaik dimenangi oleh filem Spotlight yang diarahkan oleh Tom McCarthy. Filem itu turut memenangi kategori Skor Muzik Asal dan Lakon Layar Terbaik.

Manakala, filem Mad Max: Fury Road mendominasi kemenangan dengan enam kategori iaitu Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Kostum Terbaik, Kesan Khas Terbaik, dan Solekan dan Tata Rambut Terbaik.

Anugerah ini dihoskan oleh pelakon dan pelawak Chris Rock.

Berikut adalah senarai penuh pemenang:

FILEM TERBAIK-

“Spotlight”


PENGARAH TERBAIK-

Alejandro Iñárritu, “The Revenant”


PELAKON LELAKI TERBAIK-

Leonardo DiCaprio, “The Revenant”


PELAKON WANITA TERBAIK-

Brie Larson, “Room”


PELAKON PEMBANTU TERBAIK (LELAKI)-

Mark Rylance, “Bridge of Spies”


PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK-

Alicia Vikander, “The Danish Girl”


FILEM AKSI PENDEK TERBAIK-

“Stutterer”

DOKUMENTARI SUBJEK PENDEK TERBAIK-

“A Girl in the River: The Price of Forgiveness”


ADUNAN BUNYI TERBAIK-

“Mad Max: Fury Road,” Mark Mangini and David White


SUNTINGAN BUNYI TERBAIK-

“Mad Max: Fury Road,” Chris Jenkins, Gregg Rudloff and Ben Osmo


KESAN KHAS TERBAIK-

“Ex Machina,” Andrew Whitehurst, Paul Norris, Mark Ardington and Sara Bennett


FILEM PENDEK ANIMASI TERBAIK-

“Bear Story”


FILEM ANIMASI TERBAIK-

“Inside Out”


REKAAN PRODUKSI TERBAIK-

“Mad Max: Fury Road,” Production Design: Colin Gibson; Set Decoration:  Lisa Thompson


SINEMATOGRAFI TERBAIK-

“The Revenant,” Emmanuel Lubezki


REKAAN KOSTUM TERBAIK-

“Mad Max: Fury Road,” Jenny Beavan


SOLEKAN DAN TATA RAMBUT TERBAIK-

“Mad Max: Fury Road,” Lesley Vanderwalt, Elka Wardega and Damian Martin



FILEM ASING TERBAIK-

“Son of Saul”


SUNTINGAN TERBAIK-

“Mad Max: Fury Road,” Margaret Sixel


DOKUMENTARI TERBAIK- 

"Amy"


LAGU TERBAIK-

“Writing’s on the Wall”from “Spectre,” music and lyrics by Jimmy Napes and Sam Smith


SKOR MUZIK ASAL TERBAIK-

“Spotlight,” written by Josh Singer and Tom McCarthy


LAKON LAYAR TERBAIK-

“Spotlight,” Josh Singer and Tom McCarthy


LAKON LAYAR ADAPTASI TERBAIK-

“The Big Short,” Charles Randolph and Adam McKay

Tags / Kata Kunci: Anugerah Oskar ke-88

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan