Isteri John Legend Dikritik, Tentukan Jantina Bayi Tabung Uji

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 12:31 AM

John Legend dan isterinya Chrissy

(Ubah saiz teks)

MODEL terkenal yang juga isteri kepada penyanyi John Legend, Chrissy Teigen secara terbuka mendedahkan telah menentukan jantina anak yang dimahukan menerusi proses persenyawaan tabung uji.

Ketika sedang menjalani proses tersebut wanita berusia 30 tahun itu memutuskan untuk mengandungkan bayi perempuan.

"Saya yang membuat keputusan untuk mengandungkan anak perempuan, malah saya juga memilih embrionya. Saya rasa John akan menjadi ayah yang baik untuk seorang anak perempuan," katanya seperti dipetik People.

Pendedahan itu mendapat kritikan masyarakat yang tidak bersetuju dengan keputusan Chrissy kerana sengaja menentukan jantina bayinya.

Salah satu akaun @lifeinbooks05 berkata: Sungguh menyedihkan apabila seseorang ibu-bapa memilih jantina anak yang mereka inginkan."

Namun, Cherissy membalas komen tersebut bahawa perkara tersebut adalah permintaan doktor yang mahukan dia membuat pilihan itu.

Bayi berkenaan dijangka bakal dilahirkan pada Mei atau Jun 2016.

John dan Chrissy berkahwin pada tahun 2013 di Como, Itali.

Tags / Kata Kunci: John Legend

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan