Rihanna Pecahkan Rekod Dipegang Michael Jackson

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 12:30 AM

Single terbaharu Rihanna berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100 sekaligus memecah rekod mendiang Michael Jackson.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Rihanna berjaya memecahkan rekod Raja Pop, Michael Jackson apabila single terbaharunya berjudul Work menduduki tangga pertama carta Billboard 100.

Billboard melaporkan, Work kolaborasi bersama Drake adalah single ke-14, penyanyi itu berjaya menjuarai carta berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Michael.

Rihanna kini menjadi artis keempat dengan jumlah single nombor satu terbanyak di Amerika Syarikat manakala kumpulan The Beatles masih mengungguli rekod dengan 20 single nombor satu, Mariah Carey (18) dan Elvis Presley (17).

Work adalah single kedua kolaborasi Rihanna bersama Drake yang berjaya menduduki tangga teratas carta berkenaan dan sebelum ini pernah bekerjasama menerusi lagu What's My Name? pada 2010.

Ia adalah single pertama daripada album terbaharunya berjudul ANTI.
Tags / Kata Kunci: Rihanna , Work , Drake , Billboard Hot 100

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan