Adele Menangis, Malu Insiden Di Anugerah Grammy

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 12:31 AM

Adele mengakui malu dengan persembahannya pada Anugerah Grammy pada Isnin lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Adele mendedahkan dia menangis sepanjang hari kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada Anugerah Grammy yang berlangsung pada Isnin lalu.

Adele berkata, dia berasa malu dan kecewa kerana masalah audio dihadapi memberi kesan kepada bunyi piano selepas mikrofon terjatuh ke dalam tali alat muzik itu.

"Saya sangat malu dan menangis sepanjang hari kerana kecewa dengan persembahan tersebut.

"Air mata yang keluar secara spontan tetapi tidak mengapa. Saya baik-baik sahaja," katanya ketika muncul dalam program Ellen DeGeneres pada Khamis lalu.

Tambah Adele, dia tidak kisah dikutuk kerana nyanyiannya sumbang kerana baginya ia adalah perkara biasa buat seorang penyanyi.

Pada acara itu, Adele menyampaikan lagu All I Ask.

Tags / Kata Kunci: Adele , Anugerah Grammy

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan