Aksi Mesra Leonardo Dicaprio & Laura Whitmore Dirakam

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KHABAR angin tersebar di Hollywood bahawa pelakon popular Leonardo Dicaprio kini mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon filem The Revenant iaitu Laura Whitemore.

Sumber memberitahu, aktor berusia 41 tahun itu mengajak Laura ke bilik hotelnya di London selepas acara anugerah Bafta 2016, Isnin lalu.

Foto keintiman mereka dirakam dan menunjukkan kemesraan mereka sepanjang acara tersebut berlangsung.


Aksi mesra yang terakam antara Leonardo dan Laura ketika post parti Bafta 2016

Laura beberapa kali membisikkan sesuatu di telinga bekas kekasih Kelly Rohrbach itu.

Hampir sepanjang acara itu kedua-dua selebriti ini saling berinteraksi, malah dilihat gaya bahasa tubuh yang cukup intim seperti sedang dalam hubungan istimewa.

Leo sendiri belum memberikan sebarang komen tentang khabar angin tersebut.

Tags / Kata Kunci: Leonardo Dicaprio

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan