Lady Gaga Dikritik Gara-Gara Persembahan Tribute David Bowie

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 12:35 AM

Persembahan tribute Lady Gaga kepada mendiang David Bowie mendapat kritikan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lady Gaga dan syarikat Intel didakwa mengeksploitasi persembahan tribute untuk mendiang David Bowie pada Anugerah Grammy ke-58 yang berlangsung pada Isnin.

Daily Mail melaporkan Gaga yang menyanyikan 10 buah lagu David secara medley pada malam itu dikatakan cuba menjana pendapatan apabila menyiarkan iklan syarikat gergasi itu sejurus selesai persembahan tersebut.

Iklan tersebut turut menampilkan Gaga dan menyebabkan penyanyi itu turut menerima tempias selepas dikecam hebat oleh pengguna laman sosial.

Malah anak kepada mendiang, Duncan Jones turut mengkritik tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai merosakkan tribute kepada bapanya dan tidak rasional.
Tags / Kata Kunci: Lady Gaga

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan