Rebel Wilson Pilih Kerjaya Berbanding Lelaki - Bintang Global | mStar

Rebel Wilson Pilih Kerjaya Berbanding Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 12:35 AM

Rebel Wilson mahu memberikan tumpuan kepada karier lakonannya yang sedang meningkat naik.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Rebel Wilson mendedahkan dia tidak berminat untuk mencari pengganti selepas hubungannya dengan Mickey Gooch Jr berakhir tahun lalu.

Daily Mail melaporkan dia ingin memberi tumpuan kepada karier lakonannya yang sedang meningkat dan soal cinta tidak penting.

"Saya pilih kerjaya daripada hubungan cinta dan tidak menyesal dengan keputusan tersebut," katanya.

Hubungan Mickey dan Rebel hanya bertahan selama empat bulan.

Sebelum ini, hubungannya dengan Mickey yang juga seorang pelakon dan pelawak hanya bertahan selama empat bulan sahaja.

Keretakan hubungan tersebut dikatakan pasangan berkenaan tidak mempunyai keserasian.

"Mereka sudah mencuba tetapi keserasian dan magik tidak ada dalam hubungan mereka," kata sumber terdekat pasangan itu.

Tags / Kata Kunci: Rebel Wilson , Mickey Gooch Jr
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan