Hubungan Dingin Justin Bieber Dengan Ibunya Pulih

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 12:31 AM

Gambar Justin Bieber bersama ibunya.

(Ubah saiz teks)

DUA tahun tidak bertegur sapa, penyanyi Justin Bieber dikatakan sudah berbaik dengan ibunya apabila foto makan malam anak-beranak ini berjaya dirakamkan.

Menerusi foto tersebut, ibu penyanyi itu, Pattie Mallette kelihatan sungguh gembira dapat berbaik semula dengan anak lelakinya itu.

Wanita berusia 39 tahun itu tampil cantik dengan pakaian serba hitam, manakala Bieber bergaya ringkas dengan mengikat rambut warna perangnya itu.

Bieber dan ibunya dikatakan dingin sejak 2013 lalu akibat beberapa kontroversi yang memalukan keluarga mereka.

Penyanyi itu turut mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kepercayaan ibunya.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan