Kareena Kapoor & Ajay Devgan Bergandingan Dalam 'Baadshaho' - Bintang Global | mStar

Kareena Kapoor & Ajay Devgan Bergandingan Dalam 'Baadshaho'

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Kareena Kapoor dan aktor Ajay Devgan dikhabarkan bakal bergandingan menerusi filem baharu Baadshaho.

Menurut laporan Pink Villa, pengarahnya, Milan Luthria telah pun membuat perjanjian kontrak sebelum Kareena bercuti di Pataudi Palace, India bersama suaminya, Saif Ali Khan.

"Kareena menerima dua tawaran filem sebelum Milan datang kepadanya. Tetapi aktres itu lebih tertarik dengan karya Baadshaho," kata sumber.

Terdahulu, watak Kareena telah ditawarkan kepada dua aktres Lisa Haydon dan Shruti Haasan. Namun beberapa perubahan skrip membuatkan kedua-dua aktres berkenaan menolak tawaran tersebut.

Dalam Baadshaho, Kareena akan memegang watak seorang puteri dari Rajashtani. Sebelum ini Kareena dan Ajay pernah bergandingan menerusi filem Golmaal, Singham Returns dan Omkara.

Tags / Kata Kunci: Kareena Kapoor , Ajay Devgan , Baadshaho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan